Selamat Datang


Marilah Bersama-same berkongsi suka duka & rasa tanpa prejudis...

Saturday, April 2, 2011

April.. bln akhir suku pertama..

Assalamualiakum.....
  April 2011, kedatangannya bermakna kita telah berada di penghujung suku pertama untuk tahun ini.
Sedar tak sedak kita sudah semakin hampir dengan Ramadhan & seterusnya menyambut Aidilfitri..
bukan saya kemaruk nak menyambut raya, tapi baru-baru ini saya berkesempatan merayau-rayau di bandaraya KL.. Fuhhhh! orang ramai sudah mula berpusu-pusu di kedai-kedai kain untuk membuat persiapan awal!
  Untuk tidak ketinggalan, kami pun menamahkan statistik pengunjung di gedung-gedung dan kedai-kedai kain tersebut!.. hehehe
  Sebenarnya ada kelebihan berbelanja ketika ini, walaupun kepadatan pengunjung ke tempat-tempat yang saya sebutkan tadi sangat tinggi, namun saya perhatikan, apabila menjelang Ramadhan, bilangannya bertambah berlipat kali ganda! mungkin rakyat Malaysia sekarang sudah semakin berduit agaknya! malah ketika itu tukang-tukang jahit pun sudah mula berhenti mengambil tempahan dek kerana ramai yang mula menempah perkhidmatan tukang jahit ini seawal 4 bulan sebelum Aidilfitri!
  Kalau nak tunggu sampai nak raya baru 'start' berbelanja disebabkan banyaknya jualan-jualan runtuh!
hilang sabar la rasanya nak meredah lautan manusia ketika itu.
  Kesimpulanya.. Marilah membuat persiapan (bukan hanya untuk Hari Raya) seawal yang mungkin!
amalan ini dapa mengelak dari berbelanja berlebihan tanpa kawalan dek kerana TAWARAN HEBAT
yang akhirnya menjerat poket & budget kalian... Wassalam...

No comments:

Post a Comment